Salam Perkenalan

Terima Kasih dan Selamat Datang ke Blog saya.

Sebagai pembuka bicara saya nyatakan di sini bahawa apa yang saya paparkan di Blog ini bukanlah percakapan kosong. Sekali baca, ianya mungkin tidak masuk akal. Pinta saya, bacalah tulisan yang dipaparkan dalam blog ini dengan fikiran “kosong”. Kosong di sini bermakna membuang segala pendapat, kepercayaan atau pengalaman anda mengenai perkara yang dibincangkan. Dengan mengosongkan fikiran, anda memberi peluang kepada minda anda meneroka satu dunia kemungkinan yang baru dan seterusnya, memilikinya.

Tulisan dalam Blog ini akan berkisar mengenai kisah kehidupan seharian seperti rumahtangga, anak-anak, masyarakat, karier dan kemajuan diri. Ia bukannya merupakan petua kehidupan bahagia. Ia lebih merupakan catatan pengalaman saya dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berkomunikasi untuk meningkatkan tahap kehidupan kami. Mungkin cerita kehidupan yang dipaparkan ada persamaan dengan apa yang anda jalani atau alami. Pinta saya, renung dan selami secara jujur, tanpa dipengaruhi pendapat sediada, dan kemudian sudilah mencatatkan apa yang terlahir darinya untuk tatapan semua. Ianya mungkin dapat membawa tahap kehidupan kita ke satu tahap yang tidak terfikir sebelum ini. Tahap yang anda tidak menyangka anda mampu mencapainya.

Anda sudah tentu pernah menghadiri berbagai-bagai kursus atau seminar motivasi untuk memperbaiki diri. Tetapi sedar tak kita berapa lama semangat baru yang diperolehi dari kursus dan seminar tersebut dapat bertahan. Sehari, dua hari atau seminggu? Ramai yang berkata selalunya ia hilang selepas beberapa hari, ia hilang seperti buih Coca Cola. Jangan ada yang silap faham di sini, saya bukannya mengatakan anda tidak perlu menghadiri kursus atau seminar motivasi. Apa yang saya ingin katakan adalah kita selalu ingin membuat perubahan dalam kehidupan kita. Kita ingin buang cara lama, tabiat lama dan perangai lama dan menjalani kehidupan baru. Kita hadir berbagai-bagai kursus dan seminar motivasi. Namun begitu, seringkali kita dapati diri kita masih berada di takuk lama. Selalunya kita tidak tahu apa yang menyebabkan ini berlaku. Kita selalunya tidak sedar akan kehadiran punca yang menyebabkan ianya berlaku. Dari konteks inilah kita berbicara di Blog ini.

Sekali lagi semua dijemput untuk memberi komen dan sumbangan masing-masing. Sumbangan anda semua mampu membawa perubahan kepada kehidupan kita semua.

Jumpa lagi di perbualan akan datang.

Ir. Wan Ibrahim

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

6 Responses to “Salam Perkenalan”

  1. linn_comel Kata:

    Alhamdulillah..semoga bertambah lagi ilmu yang saya bakal perolehi dari blog ini..Semoga kita sama-sama berjaya.

  2. wanyem Kata:

    Terima kasih atas sokongan. Saya telah membuat komitmen untuk memastikan Blog ini terus hidup, agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua, termasuk diri saya sendiri. Terima kasih sekali lagi.

  3. Zachary Kata:

    Well done and congratulations for opening this new blog! I look forward to visit and read more.

  4. Mesin Kata:

    Tiba-tiba saya di jemput memberi komen apatu dalam Bahasa. Dah lama saya tak tulis dalam bahasa kebangsaan kita ini. Saya masih teringat kali terakhir saya tulis dalam Bahasa Malaysia (masa apatu bahasa baku) adalah sepuluh tahun (atau lebih) lepas. Ha, masa itu saya terpaksa menyediakah satu surat rasmi dalam Bahasa Malaysia bagi Kementerian Pendidikan. Anehnya, selepas itu, saya diarahkan menghantar satu lagi salinan surat dalam Bahasa Inggeris. Kandungan surat tersebut di tulis setelah dirujukan kepada Dewan Pustaka dan Bahasa. Tahu tak apatu perkakasan dan perisian? (Aiya, that’s hardware and software in Bahasalah). Cakera liat ialah “hard disk” dan cakera padat ertinya “CD.” Sekali lagi ribuan terima kasih kerana sudi membaca apa yang ditulis disini, yang jika anda sedar, sebenarnya tiada mempunyai apa-apa makna dan “kosong”. Syabas Ibrahim!

  5. Kin Kata:

    Akan terus membaca…

  6. WanYem Kata:

    Terima kasih Kin.

Tinggalkan Komen