Tentang Saya

Saya seorang jurutera professional dan mempunyai pengalaman kerja lebih dari 20 tahun. Minat utama saya, selain dari pengurusan projek, ialah pembangunan insan.

Pada saya, kita semua sempurna kejadiannya, tiada apa-apa kekurangannya, tiada apa yang perlu dibaiki. Sempurna di sini bukan bermaksud sempurna dari segi fizikal atau bebas dari melakukan kesalahan atau membuat dosa. Sempurna di sini bermaksud kita mempunyai kemampuan untuk melakukan perubahan dan mengecapi kebahagian hidup, mengikut prinsip dan nilai kehidupan masing-masing.

Semua orang ingin yang terbaik untuk kehidupan masing-masing. Namun begitu terdapat aspek dalam kehidupan kita yang tidak begitu berjaya atau menyeronokkan. Kita memang berkeinginan untuk memperbaiki keadaan tersebut, namun ianya bagaikan ada batu penghalang. Tetapi kita tidak nampak batu penghalang tersebut atau pun mungkin tidak sedar akan kehadirannya. Melalui Blog ini kita akan berbicara untuk sama-sama menimbulkan batu penghalang tersebut dan mengalihkannya. Seterusnya kita akan mencapai kepuasan dalam aspek berkenaan.

Peringatan: Orang lain tidak dapat menimbulkan batu penghalang anda. Hanya anda sendiri yang akan dapat melakukannya; melalui muhasabah diri, perkongsian pengalaman sendiri dan para pembaca yang lain.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks