Rahsia Menangani Tekanan (Stress) Secara Berkesan

Baru-baru ini seorang pemandu kereta, Puan A, melepaskan geramnya kepada seorang pemandu lain, Puan B, di Radio Era.

Tak silap saya, Puan A sedang memandu di lorong kanan ketika beliau sampai di satu lokasi di mana terdapat lorong menunggu untuk membelok ke kanan. Ketika itu terdapat beberapa buah kereta yang sedang menunggu untuk belok ke kanan, justeru Puan A bertukar ke lorong kiri dan apabila sampai di hadapan beliau cuba kembali ke lorong kanan untuk meneruskan perjalanan beliau.

Apabila terlihat kereta Puan A, Puan B yang berada di hadapan barisan barisan menunggu, bergerak ke hadapan untuk menghalang Puan A dari membelok ke kanan dan beliau memandang Puan A dengan muka marah. Pada sangkaan beliau Puan A ingin memotong barisan, pada hal sebenar Puan A ingin mengambil lorong kanan dan meneruskan perjalanan beliau ke arah hadapan (bukan kanan).

Puan A terus berjalan ke hadapan. Puan B tidak berhenti setakat itu, beliau terus menghimpit kereta Puan A walaupun mereka telah melepasi kawasan untuk membelok ke kanan. Puan A membalas pandangan Puan B dengan pandangan marah juga. Nasib baik ianya tidak berakhir dengan pergaduhan yang mungkin akan merosakkan harta benda atau kecederaan pada diri mereka.

Apa impak atau harga yang perlu dibayar oleh mereka berdua? Tertekan (stress)? Geram? Hilang tumpuan? Hilang daya hidup? ____? ____? _____?

Apa yang saudara/i dapat lihat di sini? Jika anda berada dalam situasi serupa, tidak semestinya di jalan raya, apa reaksi atau tindakan yang saudara/i akan ambil? Adakah anda ingin membayar harganya atau bebas darinya.

Jika anda ingin bebas, mari kita bincang mengenai kunci untuk membuka ikatan tersebut. Saya utarakan pandangan berikut untuk pertimbangan saudara/i:

Kenapa Puan B menghalang Puan A? Jawapannya kerana beliau mendapat pulangan iaitu:

. Membuat Puan A bersalah.
. Mendominasi Puan A.
. Merendahkan diri Puan A.

Kenapa Puan A melibatkan diri dalam pertelingkahan tersebut? Beliau juga mendapat pulangan iaitu;

. Mewajarkan bahawa adalah salah bagi Puan B menyalahkan beliau.
. Mengelak dominasi Puan B.
. Merendahkan diri Puan B.

Jadi apa kuncinya? Sudah bersedia? Ini dia:

Lepaskan pulangan!!! Semudah itu? Ya semudah itu.

Gugurkan hak anda untuk menunjukkan anda betul walaupun anda tahu anda betul. Ini bukan bermakna anda bersetuju dengan kesalahan yang dilakukan. Tetapi dengan mengambil tindakan tersebut, anda membuka pintu kepada ilham untuk tampil di fikiran anda, yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Puan A boleh mengangkat tangan sebagai tanda meminta maaf (walau pun beliau tidak salah) dan meneruskan perjalanan dengan tenang.

Jika anda inginkan kehidupan yang tenang dan bertenaga, timbangkan saranan di atas. Anda mempunyai pilihan samada mendapat pulangan dan membayar harganya atau membebaskan diri dari kekangan tersebut.

Dua Jumaat lalu, ketika saya menghampiri plaza tol Subang (lorong TAG), sebuah kereta melintas di hadapan saya dari arah kanan untuk ke lorong tunai jauh di sebelah kiri. Saya terpaksa menekan brek secara mengejut untuk mengelak dari berlaku kemalangan (langgar di bahagian sisi kiri). Saya berjaya mengelakkanya, jika terlewat satu saat membrek, kemalangan mungkin telah berlaku.

Kalau anda berada di tempat saya, apa perasaan anda ketika itu? Terkejut? Marah? _____? _____? _____?

Saya bersyukur kerana mampu menolak pulangan dan tidak mendapat impaknya. Selepas itu saya dapat meneruskan perjalanan dengan tenang. Kalau ini berlaku beberapa tahun dahulu, saya sudah pasti akan kejar kereta tersebut dan lakukan seperti Puan B. Apa yang akan jadi selepas itu?………. (telah banyak kita baca di akhbar).

Selamat memandu dengan tenang dan selamat.

Jumpa lagi.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

Tinggalkan Komen