Manusia: Mesin Pemberi Makna

Pernahkah anda merasa susah hati atau bimbang mengenai sesuatu yang belum lagi terjadi? Sudah tentu pernahkan!

Saya ingin berkongsi satu cerita dengan anda. Kisah ini terjadi lebih dari 10 tahun yang lepas. Di satu pagi, ketika balik ke pejabat dari urusan di luar, saya dapati ada kereta lain yang diletak di petak yang dikhaskan untuk saya. Saya tidak tahu siapa pemilik kereta berkenaan. Ketika itu tiada petak lain yang kosong, jadi saya letakkan kereta saya di belakang kereta tersebut dan ini menghalang ia dari keluar. Dua jam kemudian tuan punya kenderaan datang ke pejabat saya dan menuntut saya mengalihkan kenderaan saya dengan segera. Apabila sampai di tempat letak kereta, beliau bertanyakan samada saya kenal dengan beliau. Saya jawab tidak dan beliau terus menunjukkan gambar beliau sedang duduk bersama seorang VIP. Selepas itu beliau pergi meninggalkan saya.

Kemudian tidak semena-mena saya merasa bimbang dan susah hati. Bermacam-macam cerita datang ke fikiran saya. Saya menjadi masyghul. Bak kata orang, tidur tak lena, mandi tak basah dan makan tak lalu (memang saya hilang selera dan menjadi tidak tentu arah selama seminggu).

Pernahkah anda melalui saat yang sedemikian?

Baru-baru ini saya berdepan dengan keadaan serupa (tapi tak sama). Ketika saya baru hendak menjamah nasi kerabu kegemaran saya, saya mendapat panggilan telefon dari boss saya. Beliau bertanya di mana saya berada dan saya menjawab saya berada di kantin. Beliau bertanya samada saya sudah selesai makan atau belum. Saya menjawab bahawa saya baru nak mula. Saya bertanya kenapa dan beliau menjawab ianya berkenaan dengan projek yang saya sedang uruskan. Saya bertanya lagi ada apa dengan projek saya. Beliau menyuruh saya meneruskan sarapan pagi dan mengatakan bahawa saya akan hilang selera jika beliau beritahu sekarang.

Pernahkah anda berada dalam situasi serupa? Dapatkah anda bayangkan apa yang terjadi selepas itu? Adakah hilang selera saya?

Jika diri saya sekarang adalah saya yang dahulu, sudah tentu saya akan meninggalkan nasi kerabu bersama ikan goreng tersebut dan terus pergi berjumpa dengan boss saya untuk menyelesaikan “masalah” yang dibangkitkan.

Namun perkara yang pernah terjadi lebih 10 tahun lepas tidak berulang. Saya teruskan dengan sarapan pagi saya dan pergi berjumpa dengan boss saya selepas selesai menikmati nasi kerabu kegemaran saya. Kemudian saya dapat tahu bahawa ketua pegawai eksekutif kami tidak berpuas hati dengan kemajuan projek yang saya kendalikan.

Apa beza antara dulu dan sekarang? Dulu saya memberi makna kepada apa yang terjadi. Saya menganggap pemilik kereta tersebut akan mengambil tindakan balas terhadap saya dan saya bimbang dengan bentuk tindakan yang beliau akan ambil.

Dalam kes sekarang, saya tidak memberi apa-apa makna kepada apa yang boss saya katakan. Beliau cuma katakan saya akan hilang selera jika beliau beritahu sekarang. NOKTAH!!!

Semudah itu? Ya semudah itu jika anda tahu tekniknya.

Memang menjadi tabiat manusia suka memberi makna kepada setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka. Makna tersebut diberi berdasarkan pengalaman lalu, samada pengalaman sendiri atau orang lain. Ini merupakan punca utama yang menghalang mereka dari menikmati kebahagian dan kepuasan hidup.

Kita akan bersembang lagi mengenai kehidupan yang penuh dengan makna dan bagaimana makna memporak-perandakan banyak kehidupan. Hidup tanpa “makna” adalah hidup yang bahagia.

Wanyem

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

Tinggalkan Komen