Konteks Penentu Rasa Gembira

Konteks menentukan bagaimana tindak balas kita terhadap sesuatu isu atau masalah. Tindak balas tersebut pula akan menentukan samada kita gembira, sedih, marah, kecewa atau lain-lain emosi. Hari ini saya bawakan kisah seorang kawan saya untuk renungan kita bersama.

Hidup Yen, 25 tahun, boleh dikatakan berjaya pada mata masyarakat di kampungnya. Beliau bekerja sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat multi-nasional. Namun begitu hakikatnya Yen merasakan hidup ini tidak bermakna lagi dan ingin menamatkannya. Jawatan baik dan gaji besar tidak memberi apa-apa makna lagi kepada dirinya. Tiada apa yang lebih bererti dalam hidup beliau selain dari kasih sayang seorang ibu.

Pada Yen, ibu beliau adalah seorang yang cerewet, suka mengawal hidupnya dan selalu mencari kesalahannya. Semua yang beliau lakukan nampak salah di mata ibunya. Yen memberitahu bila beliau mengelap lantai, ibunya akan periksa samada ia benar-benar kering. Jika ada setitik air di atas lantai, beliau akan dimarahi. Banyak lagi karenah ibunya yang Yen tidak sanggup ceritakan. Pendek cerita, tingkah laku ibu membuat Yen begitu tertekan.

Awal tahun lepas Yen di hantar untuk menghadiri kursus selama empat hari di Kuala Lumpur. Di hari pertama kursus Yen kelihatan murung dan menundukkan mukannya. Seorang dari fasilitator meminta Yen menceritakan masalahnya. Yen akur dan menceritakan masalah beliau dengan ibu.

“Itu bukan ibu awak. Itu tanggapan awak mengenai ibu awak,” kata Fasilitator bila Yen menceritakan sikap buruk ibunya.

“Ya memang benar, itulah ibu saya,” balas Yen.

Fasilitator mengulangi kenyataannya sebanyak dua kali dan Yen tetap dengan pendiriannya yang ibu beliau seorang yang tidak baik.

“Beginilah, petang ini awak telefon ibu awak dan katakan padanya yang awak sayangkannya,” sambung fasilitator. “Esok awak kongsi dengan kami apa yang terjadi.”

Keesokkannya Yen menceritakan yang ibu beliau sangat risau akan keselamatan beliau kerana sudah dua hari tidak dapat dihubungi.

“Apa yang awak dapat dari perbualan awak dengan ibu awak?” Fasilitator ingin mengetahui samada suara hati Yen telah terbuka semasa perbualan dengan ibunya setelah dia memberi ruang kepadanya (mengucapkan rasa sayang).

“Ya, kini saya nampak yang ibu saya sangat sayang kepada saya. Dia mengambil berat tentang saya dan inginkan yang terbaik untuk saya. Saya sangat gembira,” jawab Yen dengan nada yang ceria.

“Ya, saya dapat lihat yang awak gembira. Awaklah orang yang paling ceria di dalam dewan pada pagi ini,” balas Fasilitator. “Apa lagi yang ibu awak cakap?”

Dia ingatkan saya supaya memeriksa bilik hotel sebelum mendaftar keluar agar tiada barang yang tertinggal. Dia juga mengingatkan saya supaya berhati-hati memandu di jalan raya.

Fasilitator bertanya samada ibu Yen sudah berubah sikap atau cara dia bertanya sudah berbeza dari sebelum ini. Yen menjawab TIDAK.

Apa yang berlaku di sini?

Yen telah menganjak konteks dari “ibu sering mencari kesalahannya” kepada “ibu sangat mengambil berat tentang dirinya”. Penganjakan konteks ini telah melonjakkan perhubungan beliau dengan ibu ke satu tahap yang tidak pernah terfikir olehnya.

Yen kini menjadi seorang yang periang dan gembira dengan kehidupannya. Produktiviti diri beliau telah meningkat dengan begitu ketara dan beliau kini menjadi seorang pekerja mithali.

Bagaimana kisah benar Yen (bukan nama sebenar) dapat membantu anda menemui kebahagian hidup? Cuba lihat kehidupan anda, mungkin anda mempunyai isu yang sama, tetapi bukan dengan ibu anda. Mungkin dengan mentua, suami, boss atau rakan sekerja. Lihat apa konteks anda yang anda guna dalam perhubungan dengan mereka. Ubah konteks tersebut, InsyaAllah kehidupan anda akan beranjak ke tahap yang lebih tinggi.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

2 Responses to “Konteks Penentu Rasa Gembira”

  1. betrayed Kata:

    saya nak tanya ye bagaimana kalau suami yang kita sayang yang kita tak sangka akan sanggup menduakan kita tiba2 terbongkar rahsia punyai gf lain dan berjanji untuk kawin dengan gf tersebut.

    walaupun mungkin suami dah berubah, dah meninggalkan gf dia tapi bagaimana nak mengubat perasaan telah dikhianati tersebut? bagaimana nak mengubah konteks pernah dikhianati itu kepada sesuatu yang positif? bagaimana untuk lupakan perasaan terluka itu dan meneruskan kehidupan bersama suami seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku?

  2. Wanyem Kata:

    Ini pandangan saya untuk masalah yang dikongsi oleh Betrayed;

    Yang pertama boleh dilakukan; Pisahkan apa yang terjadi dengan makna yang diberikan (rujuk di sini untuk penjelasan lanjut).

    Apa yang terjadi ialah suami mempunyai girlfriend. Yang lain semuanya makna atau cerita yang diberikan kepada apa yang terjadi. Cuba fikirkan apa makna yang puan berikan, puan tidak menyedarinya kecuali kalau puan sudah biasa dengan teknik ini.

    Contoh makna; dia tidak sayang saya lagi, dia tidak menghargai pengorbanan saya, dia tidak setia, dia tidak boleh dipercayai, saya tidak menarik lagi, saya tidak cukup baik, gelap masa depan, dsb.

    Kemudian puan mencari bukti bagi membenarkan makna yang diberi. Dia tidak memuji anda, ini bukti saya tidak lagi menarik; Dia tidak mengucapkan terima kasih, ini bukti dia tidak menghargai saya; Dia tidak beri hadiah, bukti dia tidak sayang saya lagi; dsb.

    Makna atau cerita tersebut adalah dari pengalaman lalu, kisah yang didengar atau ditonton. Ia bukan perkara sebenar cuma makna atau cerita (buatan sendiri) yang dipercayai benar.

    Bila sudah dipisahkan, akan jelas pada puan yang makna/cerita tersebut tidak benar, hanya tanggapan atau tafsiran puan semata-mata. Suami ada girlfriend bukan bermakna dia tidak sayang puan lagi, tidak menghargai paun, tidak setia, puan tidak menarik lagi dsb. Dia ada girlfriend, itu sahaja, NOKTAH. Saya bukan mengatakan puan mesti membuang makna yang diberikan, puan boleh pilih untuk mengekalkannya. Tetapi ia akan menjadi satu kekangan dalam hubungan puan dengan suami. Sekiranya dibuang makna yang diberikan, puan akan mendapat ketenangan (InsyaAllah).

    Yang kedua; menggunakan teknik “Merungkai Kekusutan“.

    Sebagai contoh, ini kemungkinan yang apa terjadi;

    Niat/Hajat anda tidak kesampaian, “Bahagia” hingga ke akhir hayat. Hasrat/Apa yang diharapkan tetapi tidak tercapai, kasih suami tidak berbelah bagi. Kata yang tidak terucap, “I sangat sayangkan you, youlah segala-galanya dalam hidup I. I sangat kecewa bila dapat tahu yang you ada girlfriend”. Kata-kata ini lebih power dari, “Disebabkan perbuatan you, I jadi sangat kecewa”. Saya yakin puan nampak perbezaannya. Satu menyatakan apa yang terjadi dan yang satu lagi menyalahkan suami. Menyalahkan memberi kesan kepada kedua-dua belah pihak.

    Itu pandangan dari sudut emosi. Ini dari sudut spiritual;

    1. Suara hati kita ingin menyayangi dan memaafkan. Ia adalah tiupan dari sifat-sifat Allah, Ar-Rahiim dan Al-‘Afuww. Bila suara hati tidak dizahirkan (terdapat 7 penghalang, antaranya sudah disebut di atas), kita tidak bahagia. Kita hanya akan bahagia bila sifat-sifat Allah terzahir dari jiwa kita. Itu perjanjian kita dengan Allah semasa di alam rahim. Justeru sayangi suami seadanya dan maafkan kesalahannya, maafkan diri sendiri juga.

    2. Skrip untuk watak puan telah tertulis. Dalam watak puan, skrip mengatakan suami puan ada girlfriend. Puan melakonkan watak si isteri yang suaminya pernah mempunyai girlfriend. Kita tidak boleh mengubah skrip tersebut tanpa izinNYA. Skrip tersebut adalah yang terbaik untuk watak kita, terserah kepadaNYA. Kita hanya melakonkan sahaja (Pelakon Pentas Dunia). Bersyukurlah atas nikmat kehidupan yang diberikanNYA.

Tinggalkan Komen