Menjadi Seorang Penyayang

Saya cukup senang melihat seseorang yang berbicara dengan penuh sopan santum tidak kira dalam apa keadaan. Saya yakin anda pun begitu juga. Kita ingin orang lain menggunakan bahasa yang sedap didengar bila berbicara dengan kita.

Saya yakin anda ingin berbicara dengan bahasa yang sedap didengar bila berbicara dengan orang lain, terutamanya dengan orang yang disayangi, rakan taulan dan teman sekerja. Namun begitu banyak kali kata-kata kita menyinggung perasaan orang lain dan menjejaskan perhubungan kita dengan mereka.

Pernahkah anda melabel orang lain sebagai; bodoh, bangang, mengai, pemalas, pengotor, sombong dsb?

Anda tentu tidak ada niat untuk mengeluarkan kata-kata tersebut, terutamanya kepada orang yang disayangi. Tetapi itulah hakikatnya, anda lebih banyak mengeluarkan kata-kata atau label yang tidak baik kepada orang yang anda sayangi.

Mari kita kembali ke masa “silam” bersama-sama:

Sebagai seorang ibu atau bapa yang bertanggungjawab, saya percaya anda selalu membantu anak-anak dalam pelajaran mereka. Bagaimana reaksi anda bila anak tidak memahami apa yang anda ajar? Sekali OK; dua kali masih OK; kali ketiga diterangkan masih juga tidak faham; apa kata-kata atau label yang diberikan kepada anak? Mungkin ini yang dikatakan, “Apalah bodoh sangat ni.” Bayangkan apa perasaan anak pada masa itu. Jika perkara ini berterusan, anak tersebut akan mempercayai bahawa beliau seorang yang “bodoh”.

Adakah perkara yang sama akan berlaku jika yang diajar itu anak orang lain?

Begitu juga keadaannya bila anda mengajar isteri memandu kereta. Apa reaksi anda bila isteri asyik melakukan kesilapan yang sama? Adakah anda tidak mula meninggikan suara atau menengking?

Adakah anda akan meninggikan suara atau menengking bila yang diajar itu orang lain?

Sudah tentu sikap atau pembawaan anda berbeza. Anda akan lebih bersabar bila tidak melibatkan orang yang dekat dengan anda. Mengapa ini berlaku? Kita sepatutnya lebih menunjukkan sifat penyayang ketika bersama-sama orang yang kita kasihi.

Inilah persoalan yang selalu saya fikirkan. Kenapa saya secara spontan akan meninggikan suara atau melabel orang yang disayangi bila mereka tidak dapat melakukan apa yang saya harapkan. Mengapa saya marah bila anak tidak memahami apa yang saya ajar? Mengapa saya marah bila isteri membuat silap ketika belajar memandu? Kenapa perkara yang sama tidak saya alami ketika menunjuk ajar kawan anak saya?

Jawapan yang saya temui ialah kerana saya menetapkan “piawai dan ideal” bagi orang yang saya kasihi atau yang rapat dengan saya.

Piawai untuk anak saya, faham dengan sekali terang sahaja; yang idealnya, faham sendiri dengan mengulangkaji.

Piawai untuk isteri saya, tidak melalukan kesilapan; yang idealnya, pandai dengan sekali ajar aje.

Bila piawai dan ideal tidak dicapai, keinginan saya tidak dipenuhi lalu jadi marah. Dengan orang lain saya tidak menetapkan “Piawai dan Ideal”. Bila saya lupakan hal “piawai dan ideal” dan tumpukan kepada KOMITMEN saya untuk pastikan anak faham apa yang diajar/isteri pandai memandu, rasa marah hilang dengan sendirinya. Anda bagaimana?

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks