Detik Gembira

Sejak tiga tahun yang lepas banyak detik-detik kegembiraan yang saya perolehi dalam kehidupan saya. Hari ini saya akan berkongsi mengenai detik gembira yang saya zahirkan sendiri, bukan yang terlahir disebabkan punca di luar kawalan saya.

Biar saya jelaskan, ada tiga perkara yang boleh menimbulkan kegembiraan.

Yang pertama apabila anda mendapat penghargaan atau mendapat pujian. Anda gembira bila dinobatkan sebagai pekerja terbaik di syarikat atau organisasi anda.

Yang kedua, anda gembira bila menerima anugerah atau hadiah. Anda gembira bila naik pelamin, anda gembira bila dianugerah cahaya mata, anda gembira menerima hadiah sempena sesuatu peristiwa.

Yang ketiga, anda gembira bila dapat menolong atau membantu orang lain. Anda gembira bergotong royong membersihkan kawasan sekolah anak anda. Anda gembira membantu orang buta menyeberang jalan dan sebagainya. Kenapa kita gembira bila dapat menolong atau membantu orang lain? Jawapannya kerana suara hati kita ingin memberi, suara hati yang tercipta kerana tiupan roh Al-Wahhaab (Yang Maha Penganugerah).

Kalau kita perhatikan ketiga-tiga pencetus kegembiraan di atas, hanya yang ketiga berada di bawah kawalan kita. Jesteru untuk selalu mendapat kegembiraan, selalulah menolong atau membantu orang lain.

Yang saya akan kongsikan di sini bukan cerita tentang memberi derma tetapi cerita mengenai memberi ruang kepada orang lain menjadi diri mereka semasa di jalan raya. Memberi sedekah atau derma yang membawa kegembiraan adalah sedekah atau derma yang tidak diketahui oleh orang lain.

Pada 21 Mac 2005, saya mula mengamalkan teori yang saya pelajari semasa berada di jalan raya. Sebelum tarikh tersebut, memandu di Kuala Lumpur menyebabkan saya selalu stres yang sedikit sebanyak menjejaskan keharmonian rumahtangga saya. Mulai dari hari tersebut saya memberi ruang kepada pemandu lain untuk memotong barisan, memandu perlahan di lorong laju dan beberapa amalan yang dianggap tidak berhemah. Saya bukan menggalakkan mereka melakukan kesalahan jalan raya tetapi saya lebih pentingkan kegembiraan diri saya. Apabila saya tidak lagi menyalahkan pemandu lain, tidak lagi ingin memperbetulkan mereka dan tidak lagi ingin mengawal mereka, saya temui kegembiraan dalam diri saya. Sekarang memandu di Kuala Lumpur bukan lagi menjadi masalah (stres) kepada saya. Saya boleh menikmati muzik kegemaran saya semasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Saya boleh ketawa dengan sikap “bodoh” pemandu lain. Itulah detik gembira yang pertama yang saya sedar saya zahirkan sendiri melalui suara hati. Gembira kerana dapat mengatasi stres ketika memandu di Kuala Lumpur.

Kehidupan selepas itu tidak lagi sama. Detik kegembiraan bukan hanya datang pada hari tertentu sahaja, pada hari istimewa sahaja tetapi ia datang setiap ketika, bila saya ciptakannya.

Kiriman ini dihantar ke pertandingan blog “Detik Gembira” di:

Happy - Happy Moments

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

2 Responses to “Detik Gembira”

  1. Nasir Kata:

    Secara jujur saya katakan saya kurang senang bila orang datang minta sedekah di rumah atau ketika makan di restoran/warung. Saudara katakan kita akan gembira bila dapat menolong orang, macam mana tu? Macam ada percanggahan.

  2. WanYem Kata:

    Saya tidak pasti apa saudara pentingkan, tetapi ini yang saya syorkan untuk renungan bersama;

    Saudara tidak mahu diganggu oleh sesiapa ketika berada di rumah atau ketika sedang enak menjamu selera. Bila kemahuan itu tersekat, saudara bertindak balas dengan meminta peminta sedekah tersebut beredar. Tanpa saudara sedari, sebenarnya saudara tidak mahu diri saudara dikuasai orang lain. Membenarkan orang datang mengganggu bermakna membiarkan diri saudara dikuasai orang lain.

    Atau saudara takut kena tipu. Saudara tidak mahu memberi sedekah kepada mereka yang tidak berhak. Jika diberi juga bermakna saudara membenarkan diri saudara dikuasai orang lain.

    Kesimpulannya saudara merasa kurang senang kerana diri mahu dikuasai orang lain. Sekiranya saudara melupakan tanggapan saudara diganggu atau ditipu, saudara mencipta ruang untuk kegembiraan datang dalam diri saudara.

Tinggalkan Komen