Belajar untuk Hidup Di Masa Sekarang

Saya baru sahaja dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke cawangan lain untuk mengetuai satu bahagian. Pada mulanya saya merasa cukup gembira kerana dinaikkan pangkat dan cawangan baru tersebut terletak berhampiran dengan rumah. Namun kegembiraan tidak kekal lama. Pada hari saya melaporkan diri di cawangan baru saya diberi taklimat mengenai bidang tugas dan apa yang diharapkan dari bahagian saya. Saya juga diberi gambaran mengenai isu-isu yang saya perlu tangani dari masa ke semasa. Saya juga dimaklumkan mengenai kekuatan semasa bahagian saya. Apabila melihat beban kerja, isu-isu yang mungkin dihadapi dan bilangan staf yang sedikit, peluh sejuk mulai keluar dari liang roma saya. Pada hari itu saya balik ke rumah dalam keletihan walau pada zahirnya saya tidak berbuat apa-apa pada hari itu kecuali mendengar dan mengangguk.

Begitulah, kita menghabiskan banyak masa untuk merasa risau mengenai banyak perkara – dalam satu masa. Kita membiarkan masalah lepas dan urusan masa hadapan menguasai masa sekarang sehingga ianya membuat kita merasa bimbang, kecewa, tertekan dan putus harapan. Di masa yang sama, kita menangguhkan rasa puas hati, keutamaan yang telah dikenalpasti dan kegembiraan yang patut dinikmati. Selalunya kita meyakinkan diri bahawa “satu hari” akan menjadi lebih baik dari hari ini. Malangnya, dinamik minda yang sama, yang memberitahu kita supaya melihat masa hadapan akan mengulangi perkara yang sama justeru “satu hari” tidak akan muncul.

Di hari kedua saya masih lagi hidup di masa hadapan. Saya balik dengan keletihan, sama seperti hari pertama, walau tidak banyak yang dilakukan. Di hari ketiga, saya menyedari yang saya hidup di masa hadapan dan ianya membuat saya hilang kekuatan. Segera saya membawa diri saya kembali ke masa kini dan memberi fokus kepada saat sekarang. Rasa bimbang segera hilang dan saya dapat membuat perancangan untuk menyampaikan apa yang diharapkan dari bahagian saya dengan tenang. Saya tidak merasa bimbang dan gentar untuk berhadapan dengan pihak pengurusan.

Ramai orang menjalani kehidupan seperti menjalani latihan untuk hidup di masa hadapan. Pada hakikatnya tiada siapa yang pasti yang dirinya masih berada di dunia ini keesokan harinya. Masa yang kita punyai hanyalah sekarang dan ia adalah satu-satunya masa yang dapat kita kawal. Apabila kita memberi fokus kepada masa sekarang, kita mennyahkan kegentaran dari minda kita.

Kegentaran adalah kebimbangan mengenai apa yang akan terjadi di masa hadapan, contoh – disalahkan atas prestasi buruk bahagian, tidak mempunyai cukup wang untuk hidup, anak-anak menghadapi masalah hidup, sakit di hari tua, dan apa-apalah. Kita tidak perlu merasa risau, takut, tertekan dengan apa yang kita jangkakan akan berlaku. Kemungkinan besar ianya tidak akan berlaku. Namun sekiranya kita beria sangat ingin mengelakkannya, kemungkinan ianya akan berlaku.

Untuk melawan kegentaran/kebimbangan, belajar untuk membawa perhatian kita ke masa sekarang. Tidak kira apa yang berlaku semalam atau tahun lepas dan apa yang akan berlaku atau tidak berlaku esok, masa sekarang adalah di mana diri kita berada.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

Tinggalkan Komen