Yang Terbaik, Pada Nama Atau Pada Sifat?

Minggu lepas saya menghadiri taklimat mengenai satu program pengajian di sebuah universiti tempatan (katakan UT). Ada seorang bapa (katakan Borhan namanya) bertanya apa beza program yang ditawarkan oleh UT dengan universiti lain. Tuan penceramah mengatakan tiada perbezaan cuma program beliau menawarkan satu subjek ekstra dan graduan mereka diterima untuk menyambung pelajaran di luar negera. Si bapa menyatakan yang beliau rasa tertipu kerana mengikut fahaman beliau program yang ditawarkan oleh UT adalah yang terbaik di Malaysia.

Saya ingin bertanya kepada para pembaca sekalian, apa yang menjadi sesuatu itu terbaik di mata anda? Adakah mengikut kaca mata orang ramai atau mengikut penilaian anda sendiri? Adakah pada nama yang tersohor atau pada sifat yang ada pada perkara (atau orang) yang diperkatakan?

Kadang-kadang inilah yang menjadi punca masalah. Kita menilai sesuatu mengikut kehendak dan citarasa (ideal) masyarakat atau orang ramai. Dalam kes di atas, Borhan yakin dan percaya program yang ditawarkan oleh UT adalah yang paling baik jika dibandingkan dengan program yang ditawarkan oleh universiti lain. Beliau mendapat cerita ini dari rakan-rakan yang pernah menghantar anak-anak ke program yang dianjurkan oleh UT tersebut. Beliau ingin mendapat kepastian lalu bertanyakan kepada Ketua Program berkenaan dan jawapan yang diterima adalah “tiada perbezaan”.

Jawapan yang Borhan harapkan dari Sang Ketua ialah, “Program kami adalah yang terbaik”. Apabila jawapan lain yang diterima, Borhan merasa kecewa. Mindanya serta suara hatinya segera tertutup. Beliau “terlekat” dengan perkataan “tiada perbezaan”. Sekiranya Borhan tidak meletakkan harapan untuk mendengar jawapan “Program kami adalah yang terbaik”, sudah tentu minda beliau dapat menangkap makna yang tersirat. Perkataan “satu subjek ekstra” dan “diterima……di luar negera” membawa makna yang program tersebut lebih baik dari yang ditawarkan di universiti lain.

Harapan, kehendak dan ideal merupakan perkara yang selalu menutupi mata hati kita dari menghargai sesuatu atau seseorang. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada diri anda. Anda akan selalu merasa tidak puas hati, merasa marah dan tidak merasa tenteram serta gembira.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

Tinggalkan Komen