Lepaskan Biawak Yang Digalas

Apa yang anda sanggup lepaskan untuk perhubungan yang lebih baik, untuk kebahagian? Ada orang yang sanggup menyimpan dendam atau marah kepada seseorang lain hingga ke akhir hayat. Jika anda salah seorang dari mereka, fikirkan apa kesannya kepada diri anda? Apakah anda merasa ianya tidak akan memberi kesan kepada perhubungan anda dengan orang lain? Jika anda merasa tidak, fikirkan semula. Anda tentu akan membina benteng bagi melindungi diri anda, justeru akan terlahir kekangan dalam perhubungan anda.

Ada yang menasihatkan jika anda mempunyai masalah dengan seseorang, tinggalkan dia dan anda mungkin akan berjumpa dengan orang yang lebih baik. Ini pendapat saya, anda akan menghadapi masalah yang seakan sama dengan kenalan baru selagi anda ada “standard” dan “ideal” tentangnya.

Saya ada seorang kawan, Shan namanya, yang telah berpuluh tahun memutuskan hubungan dengan keluarganya. Puncanya? Ahli keluarga tidak menyukai isteri beliau. Shan meninggalkan rumah keluarga bersama-sama isteri dan tidak menghubungi mereka sejak hari itu. Untuk membuktikan beliau boleh hidup tanpa keluarga, beliau bertekad untuk maju dalam perniagaan. Beliau membuka restoran, restorannya maju. Kejayaan itu tidak cukup untuk beliau tunjukkan kepada keluarga beliau. Beliau membuka sebuah restoran lagi, maju juga. Shan merasa belum cukup juga. Dibuka sebuah lagi, dan sebuah lagi. Sekarang Shan mempunyai empat buah restoran yang maju. Namun beliau merasa belum cukup yakin untuk menunjukkan kepada keluarga yang beliau boleh berjaya tanpa keluarga.

Atas dorongan rakan-rakan, Shan pergi melawat keluarganya pada satu hari perayaan. Apabila ditanya, Shan berkata tiada apa-apa yang berlaku. Ahli keluarga tidak mesra dengan dia dan isteri. Rakan-rakan bertanya apa harapan Shan apabila beliau pergi melawat keluarga? Beliau mengatakan yang beliau mengharap ahli keluarga menyambut beliau dengan pelukan mesra. Namun itu tidak terjadi. Bila ditanya apakah beliau sanggup melepaskan ego beliau demi untuk kebahagian diri, isteri, anak-anak dan keluarga beliau. Beliau terdiam.

Atas kesedaran diri, Shan pergi melawat keluarga beliau pada minggu berikutnya. Beliau meminta maaf dengan ibu, bapa dan beradik-adiknya atas apa yang telah terjadi. Mereka semua saling berpelukan. Ibu, bapa dan adik beradiknya juga meminta maaf kepada Shan dan isterinya di atas apa yang telah berlaku. Sejak dari saat itu, Shan mengenali erti kebahagian sebenar. Biawak yang digalasnya selama lebih dua puluh tahun telah dilepaskannya.

Sekiranya Shan tidak melepaskan isu beliau dengan keluarga, apakah anda fikir Shan tidak akan menghadapi masalah dengan kenalan yang menentang apa yang beliau sukai? Saya rasa tidak. Perasaan yang sama akan timbul di hati Shan apabila menghadapi situasi yang sama. Kawannya itu mungkin tidak lagi menjadi kawan, atau lebih buruk lagi akan menjadi musuh.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

Tinggalkan Komen