What You Give You Get Back

Itu tajuk lagu yang saya baru habis dengar tadi. Lagu nyanyian Scorpions, sebuah kumpulan rock dari Jerman. Ini sebahagian dari liriknya (terjemahannya dalam kurungan):

There’s so much love inside of you (Ada banyak cinta dalam dirimu)
That wants to be released (Yang mahu dilepaskan)
And all you gotta do is let it go (Apa yang kamu perlu buat ialah melepaskannya)
What you give you get back (Apa yang kamu berikan kamu akan dapat kembali)
So take my love just because it’s all I have (Jadi, ambillah cintaku kerana itu saja yang aku ada)
Take my heart take my soul (Ambil hatiku ambil jiwaku)
I just never want it back (Aku tidak menginginkannya kembali)
Cause the love you give, is the love you’ll get (Kerana cinta yang kamu beri, cinta yang kamu akan dapat kembali)

Saya setuju sangat dengan Scorpions, salah satu dari kumpulan rock yang saya suka. Jangan silap faham. Saya hanya suka lagu mereka, bukan gaya hidup mereka. Banyak lirik lagu Scorpions yang berkaitan dengan kemanusiaan. Dalam kehidupan, anda akan menerima apa yang anda berikan. Sama seperti semua benda yang ada di pasar, anda akan terima sebanyak mana yang anda bayar. Cuma di dalam kehidupan, anda akan menerima lebih dari yang anda berikan. Anda berikan cinta, anda terima cinta dan kasih sayang. Anda berikan kebencian, anda akan terima kebencian dan kutukan. Berilah kemaafan dalam saat kemarahan, kasih sayang dalam saat kebencian dan kemuncaknya; muhasabah diri ketika dilanda rasa marah, kekecewaan atau kesedihan.

Saya tidak nafikan; cakap senang, buat susah. Tapi cuba renungkan, apa yang anda akan dapat jika berbuat sebaliknya? Simpati? Anda dilihat berada di pihak benar? Adakah penting sangat apa yang orang kata? Biasanya orang akan berkata baik di hadapan kita, di belakang siapa tahu. Justeru, tiada bezanya apa yang orang lain kata atau fikir. Yang penting, adakah jiwa anda tenang, adakah anda bahagia.

“Berikan yang terbaik kepada dunia, dan dunia akan memberi yang terbaik kepada anda.”

Jika anda mendoakan kebaikan untuk orang lain, orang lain akan berbuat yang sama untuk anda. Jika anda berlemah lembut dengan orang, orang pun akan berlemah lembut dengan anda. Jika anda hormati orang lain, orang pun akan hormati anda. Secara ringkasnya, orang akan layan anda sama seperti anda layan mereka.

Jika anda menjalani kehidupan dengan indah, anda akan dapati kehidupan penuh dengan keindahan. Tetapi jika kewujudan anda penuh dengan duri, anda akan dapati kehidupan ini penuh dengan ranjau dan duri. Kehidupan anda adalah pemberian Allah untuk anda; apa yang anda buat dengannya adalah pemberian anda kepada Allah.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

2 Responses to “What You Give You Get Back”

  1. Linda Kata:

    Assalamualaikum.

    Saya bkn nak komen.. pasal what u give u get back. tp tak tau kenapa saya rasa skrg mcm x relevan lagi ayat tu.. apa yg saya pernah alami buat baik tak semestinya di balas baik.. tp saya betul-betul percaya hanya bebuat baik dengan ibubapa sahaja ada baiknya.

  2. WanYem Kata:

    Sdr. Linda,

    Wa’alaikumsalam.

    Fikirkan kenapa kita digalakkan untuk memberi sedekah kepada fakir miskin dan anak yatim. Adakah mereka dapat membalas balik apa yang anda berikan. Besar kemungkinan tidak. Mereka akan membalas dengan, “Jazakallah hu khairan kathira – Semoga Allah membalas kepadamu dengan kebaikan yang banyak pula”.

    Apakah balasan Allah terhad kepada pahala sahaja? Tentu tidak kan? Orang yang memberi sedekah atau menolong orang (dengan ikhlas kerana Allah) akan diberi rezeki yang melimpah atau diberi kesenangan oleh Allah. Bukankah itu bermakna, “what you give you get back”, malah yang diterima (rezeki) lebih banyak dari yang disedekahkan.

    Apa yang diberi tidak semestinya dibalas balik oleh orang yang menerima, tetapi dibalas oleh Allah melalui orang lain atau cara lain.

Tinggalkan Komen