Apakah Anda Seorang Materialistik?

Apakah perasaan anda bila seseorang mengatakan anda seorang materialistik? Ya, ramai yang akan marah bila diri mereka dipanggil materialistik. Mengapa marah? Apa makna yang anda berikan kepada materialistik? Apakah seorang materialistik adalah seorang yang tidak baik budi pekertinya? Jika jawapan anda, “tidak semestinya”, mengapa marah bila dipanggil materialistik?

Pertimbangkan bahawa anda tidak suka dipanggil materialistik, walaupun anda sememangnya materialistik, kerana ia bertentangan dengan suara hati anda. Seorang pencuri tidak suka dirinya dipanggil pencuri. Jika dia mempunyai seorang anak, dia tidak mahu anaknya berkahwin dengan seorang pencuri. Walaupun dia seorang pencuri, di dalam hatinya masih ada keinginan untuk kebaikan.

Apa makna sebenar materialistik? Untuk memahami apa itu materialistik, bayangkan anda sedang melihat sebuah mahligai yang tersergam indah, atau sebuah kereta yang cantik melintasi di hadapan anda. Jika satu keinginan yang kuat timbul di dalam diri anda untuk memilikinya, ia adalah satu tanda jelas yang materialisma atau kebendaan adalah faktor utama yang mendorong kehidupan anda. Seorang yang benar-benar bukan materialistik tidak terpengaruh untuk mengejar kemewahan. Mereka lebih mementingkan untuk memenuhi tujuan kenapa kita manusia dibangkitkan ke dunia.

Bagi saya, kita tidak seharusnya marah bila orang mengata kita materialistik. Kita seharusnya muhasabah diri untuk lihat benarkah kita materialistik. Kalau benar kita materialistik, adakah kita selesa dengannya atau kita ingin mengubah keinginan kearah tidak mementingkan kebendaan, atau dengan kata lain menuju kearah kerohanian. Mengikut Maulana Wahiduddin Khan, maksud kerohanian adalah keinginan makhluk untuk berhubung dengan Penciptanya. Bagi orang Islam, solat adalah antara cara untuk berhubung atau berdailog dengan Penciptanya (Allah). Mengikut fahaman mereka yang melakukan meditasi, maksud kerohanian adalah menjauhkan diri dari perkara yang dianggap keduniaan. Biasanya mereka akan pergi ke gunung atau ke hutan, jauh dari rumah mereka untuk mendapat kerohanian.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

7 Responses to “Apakah Anda Seorang Materialistik?”

  1. neija Kata:

    Salam saudara, xcidently i found ur writing dlm google search.. very impressive.. 😉 juz wanna inform u that i’ve already added ur blog into my bloglist (maaf, dah add baru bgtau)

  2. Wan Yem Kata:

    Salam. Terima kasih kerana sudi melawat blog saya dan juga memasukkan link ke blog saya dalam bloglist saudari.

  3. listener Kata:

    saya menjadikan sikap materialistik yang ada pada saya sebagai motivasi untuk berjaya dalam hidup. saya tidak hairan mengapa terdapat sesetangah orang yang bersikap materialistik. lelaki biasanya tidak suka dikaitkan dengan bersikap materialistik, tetapi mudah pula menganggap wanita bersikap materialistik pada sesetengah keadaan terutamanya apabila ia berkaitan dengan soal penerimaan cinta. terdapat lelaki yang mudah menggunakan alasan wanita yang disukai itu materialistik apabila cinta tidak berbalas. pada saya, ia seperti cuba menutup kelemahan sendiri kerana tidak mahu cuba memahami kehendak dunia pada masa sekarang.

  4. ellyn Kata:

    Salam, ya mungkin saya juga merupakan seorang yang materialistik. Selepas perkahwinan pertama saya gagal, atas sebab2 financial, kami bercerai dan anak2 saya telah dirampas dari saya. Apa yang tinggal pada saya adalah segala hutang piutang. Selepas 3thn, saya berkahwin dengan suami sekarang yang beza usianya 24thn dari saya. Apa yang pasti, keinginan saya dipenuhi walaupun tidak sepenuhnya dan saya mendapat tahu sifat kaki perempuannya masih tidak berubah walaupun dia mengatakan sejak mengahwini saya dia telah meninggalkan semua itu. Memang sepanjang usia perkahwinan yang hampir sampai setahun jagung ini, kami on and off bergaduh sahaja hinggakan saya telah beberapakali mengambil keputusan untuk meninggalkannya. Masalah saya sekarang ialah saya tidak bekerja (as he doesn’t like me meeting my clients – men, sebab dia kuat cemburu! Tapi sendiri gatal xpe!!) dan saya sedang continue study. suamilah yang sponsor study saya. Jika diingat2kan saya tak sanggup untuk bertahan lagi tapi a few kawan saya nasihatkan supaya bersabar dan dapatkan kerja dulu dan tunggu sehingga saya habis study. Pergunakan dia balik sebab dia tak menghargai pengorbanan yang saya telah lakukan untuknya dan anak2 dia. Should i stay or should i walkaway? Setelah baca kisah Ruby dalam dcck, saya dapat rasa ‘the spirit’. Bolehkah saudara memberikan pandangan saudara?

  5. Wan Yem Kata:

    Syabas kerana mempunyai semangat untuk sambung belajar dan tidak membiarkan “masalah” hidup menguasai diri.

    Saya akan berikan pandangan saya dalam masa beberapa hari lagi, tetapi sebelum itu saya minta Ellyn baca kiriman terbaru saya dan cuba kaitkan dengan “masalah” Ellyn. http://wanibrahim.com/blog/pisahkan-apa-yang-berlaku-dari-ceritanya.html

    [Dalam kes Puan Ruby: Apa yang berlaku – suaminya mempunyai hubungan dengan pekerja baru. Rumahtangga beliau menuju kehancuran adalah tafsiran atau cerita beliau mengenai apa yang berlaku. Yang lain-lainnya adalah aktiviti mengumpul bukti. Ini bukan bermakna Puan Ruby bersalah, hanya sekadar apa yang berlaku. Bukan juga bermakna suaminya di pihak benar. Sekali fikir nampak pelik dan mustahil. Teruskan membaca blog ini dengan fikiran terbuka, InsyaAllah Ellyn akan dapat apa yang terlindung dari mata hati.]

    Saya menjemput para pembaca untuk memberi pendapat masing-masing. Harap beri pendapat secara objektik dan rasional, bukan mengikut emosi tetapi kecerdasan emosi.

    Terima Kasih.

  6. ellyn Kata:

    Terima Kasih En Wan. Neway jika sesuatu yang berlaku itu tidak berlaku, maka saya pun tidak akan dapat membaca blog En Wan yang sangat membina ini. Soalan saya, bagaimana dapat saya memainkan peranan saya (setelah apa yang saya sebutkan dalam email saya) jika saya nak memperbetulkan keadaan? Saya tahu, lelaki jika dah tak suka, dia tetap tak suka.

  7. miracle101 Kata:

    persoalan yg sgt menarik…saya suka untuk memandang persoalan tentang materialistik ini dari sudut yang positif dan dimensi yg lebih luas. kerana bagi saya dunia sekarang sangat materialistik. (nak online ni pun nak kene ada laptop n broadband…sekadar contoh…atau nak g cc pun kene ada duit…) Ya, salah satu contoh menjadikan materialistik ini sebagai motivasi untuk terus berjaya dalam hidup. Bagi saya, materialistik secara positif adalah ok tetapi jangan sekali-kali bertuhankan materialistik (atau bertuhankan materialisme). ini kerana saya juga individu yang tidak dapat lari dari dunia materialistik (ya mungkin lebih tepat seorang yang materialistik) untuk mendapat kehidupan yang lebih baik tetapi insyaAllah, mudah-mudahan kita tetap berpegang pada purpose of life…

    Firman-Nya :

    ???? ????? ???????? ????????? ??????????? ?????????? ?????? ????? ?????????????

    Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Tinggalkan Komen