Sistem Kepercayaan

Segala keputusan, tindakan dan pembawaan anda terlahir dari kepercayaan yang ada dalam diri anda. Kalau anda percaya yang anda boleh berjaya, anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan. Jika anda tidak percaya yang anda boleh berjaya, anda akan berusaha seperti melepas batuk di tangga dan kemudian akan berkata saya sudah mencuba tetapi gagal. Kepercayaan ini juga membentuk kehidupan anda baik dari segi gaya, pegangan, prinsip dan perjuangan hidup dsb.

Kepercayaan itu bermula dari tanggapan yang dibuat melalui penapis yang terbentuk dari budaya di mana seseorang itu membesar dan pengalaman hidup yang dilaluinya. Kemudian ditambahkan cerita kepada tanggapan tersebut, dicari bukti untuk mengiakan cerita dan akhirnya minda terlupa bahawa ia hanyalah tanggapan lalu mengambilnya sebagai kebenaran (kepercayaan). Justeru tidak hairanlah kalau si anak menganuti fahaman si bapa atau orang yang dekat dengannya. Harus diingat, kepercayaan hanyalah kepercayaan, BUKAN kebenaran mutlak.

Sejak sekitar tahun 70 Masehi, manusia percaya bahawa bumi ini datar. Disebabkan kepercayaan inilah pelayar pada masa itu tidak berani belayar ke “hujung” dunia kerana takut jatuh.

Pada tahun 1530 Masehi Copernicus, seorang ahli falak, menyatakan bahawa bumi bulat. Pemerintah dan orang ramai pada masa itu tidak dapat menerima hakikat bumi bulat disebabkan kepercayaan yang dipegang oleh mereka sejak sekian lama. Copernicus dihukum bunuh kerana kepercayaannya.

Penemuan Copernicus disokong oleh Galileo Galilei, seorang profesor dalam ilmu falak, yang mengemukakan teorinya pada tahun 1603. Adakah pemerintah dan orang ramai menerima pendapat Galileo? Jawapannya tidak. Mereka masih berpegang dengan kepercayaan yang telah bertapak berkurun lamanya. Apa yang terjadi kepada Galileo? Beliau dipaksa menarik balik teorinya dan diugut akan diseksa hingga mati jikalau enggan. Beliau kemudian dihukum penjara dan kekal di dalamnya sehingga beliau meninggalkan dunia pada tahun 1642.

Pada tahun 1985 Stephen Hawking, seorang profesor matematik yang terkenal (dan genius) dari Universiti Cambridge, mengesahkan kebenaran teori “Big Bang”. Teori ini bermula dengan pemerhatian yang dibuat oleh Edwin Hubble pada tahun 1929, yang mengatakan bahawa asalnya langit dan bumi adalah bercantum (satu) ini. Satu ledakan yang besar telah memisahkan langit dan bumi. Selepas berbilion juta tahun, langit dan bumi menjadi seperti yang ada sekarang. Bagaimana kalau teori Big Bang ini disampaikan kepada mereka di zaman sebelum Copernicus? Apa yang akan berlaku? Apakah mereka akan mengatakan orang yang menyampaikannya genius serta menyanjungnya atau melabel beliau sebagai gila? Saya yakin mereka akan berkata beliau gila dan menghukum beliau.

Itulah yang SEBENARNYA terjadi. Ada seorang insan yang mengatakan bahawa dahulu bumi dan langit adalah satu dan kemudian dipisahkan. Apa yang anda agak mereka katakan padanya? Gila? Ya, itu yang mereka semua katakan padanya. Mereka tidak mempercayainya, mengejek dan mengatakan insan tersebut gila. Berikut apa yang disampaikan oleh insan tersebut:

“Tidakkah orang-orang kafir mengetahui bahawa langit dan bumi dulu adalah bertaut (satu), lalu kami pisahkan keduanya? Kami jadikan tiap-tiap sesuatu yang hidup dari air. Tidakkah mereka percaya?”, Al-Anbiyaak, Ayat 30.

Astaghfirullah Al-Azim, Astaghfirullah Al-Azim, Astaghfirullah Al-Azim.

Ashhaduallah Ilaha Illallah, Waashaduanna Muhammadal Rasulullah.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

Tinggalkan Komen