Peliknya Sikap Manusia

Dua hari lepas, modem saya rosak akibat terkena petir. Saya tidak menggunakan surge protector dan terlupa mencabut kabel telefon sebelum keluar rumah. Apabila hendak menggunakannya di waktu malam, saya dapati lampu petunjuk DSL tidak menyala.

“Mungkin dah rosak terkena petir petang tadi.” Kata anak lelaki saya yang mahir dengan komputer.

Saya perlu menggunakan Internet untuk menyiapkan beberapa kerja saya. Jadi terpaksalah keluar membeli modem baru. Saya mengajak anak lelaki saya, keluar bersama-sama saya. Apabila sampai balik ke rumah kami terus menguji modem yang baru dibeli tadi.

“Alamak! Lampu DSL tak menyala juga. Takkan rosak juga, baru beli ni.” Kata saya.

“Cuba sambung direct, tak payah guna splitter. Mungkin splitter rosak juga.” Kata anak saya.

Saya mengikut saranan anak saya dan mendapati modem berfungsi seperti yang sepatutnya apabila tidak menggunakan splitter.

“Alamak!” Perkataan ini serentak terkeluar dari mulut kami.

“Entah, entah modem lama OK lagi. Rugilah macam ni.” Saya menyambung. “Mari kita test.”

Saya pun menyambung modem terus ke jack telefon tanpa melalui splitter. Apa yang terjadi selepas itu? Lampu DSL tidak menyala!!!!

“Yahooooo!!!!” Kami berdua bersorak serentak. Kami gembira kerana terbukti modem lama telah rosak.

Beberapa ketika selepas itu saya terfikir. Kenapa kami gembira apabila mendapati modem tersebut telah benar-benar rosak. Alangkah baiknya kalau ia tidak rosak. Kalau ia masih berfungsi, kami mempunyai modem spare yang boleh digunakan apabila keadaan memerlukan.

Apa yang saya dapati? Memang begitulah sifat manusia biasa. Kita tidak ingin membuat keputusan yang salah. Kita tidak dapat menerima kenyataan yang kita membuat keputusan yang salah. Kita seterusnya akan mencari jalan untuk mewajarkan keputusan tersebut.

Mungkin inilah antara punca mengapa saya tidak berani untuk membuat keputusan bagi sesuatu perkara yang saya tidak jelas dengan kesudahannya. Saya selalu ingin membuat keputusan yang bijak. keputusan yang bijak bagi saya bermakna apa yang diputuskan mendatangkan hasil seperti yang diharapkan.

Kemungkinan yang saya cipta untuk diri dan hidup saya dalam soal membuat keputusan adalah menyebabkan perubahan dalam kehidupan saya, orang yang disayangi dan masyarakat.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

One Response to “Peliknya Sikap Manusia”

  1. azhad Kata:

    Kita sebenarnya sentiasa perlu membuat keputusan. Cara dan corak keputusan yang dibuat adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman yang kita ada. Mungkin keputusan kita salah hari ini tetapi ianya akan membantu kita menbuat keputusan yang lebih baik di masa akan datang.

Tinggalkan Komen