Mengelak Diri Dari Nampak Teruk

Adakah anda sedar bahawa sebahagian besar dari kehidupan kita adalah mengenai mengelak atau menjauhkan diri dari dipandang teruk oleh sanak saudara, sahabat handai dan sesiapa jua. Kta akan melakukan apa yang terdaya untuk kelihatan hebat di mata mereka.

Saya kini mulai sedar apabila saya mengelak dari berbuat sesuatu agar diri tidak dipandang teruk. Maksud saya bukan perkara yang tidak bermoral, tetapi perkara biasa yang tiada kena mengena dengan soal moral.

Di pejabat saya dianggap sebagai pakar dalam bidang pengurusan projek. Bila ada permasalahan yang dikemukakan kepada saya, saya akan mencari jawapannya. Saya tidak akan menyatakan bahawa saya tidak arif mengenai isu yang dikemukakan walaupun ia adalah sesuatu yang baru bagi saya. Saya akan membuat rujukan dan menyediakan jawapan yang diperlukan walaupun sebenarnya saya tidak begitu faham dengan apa yang dibaca.

Pada bulan lepas ketua seksyen saya telah diarahkan oleh ketua pegawai eksekutif untuk melakukan analisa ke atas data-data projek berpandukan laporan yang diberikan. Ketua seksyen saya telah mengarahkan saya untuk menyediakan analisa tersebut bagi pihak beliau. Saya tidak memahami bagaimana analisa yang terdapat dalam laporan contoh tersebut dilaksanakan. Saya tidak memberitahu ketua saya bahawa saya tidak pernah menjalankan analisa sedemikian dan tidak faham bagaimana hendak laksanakannya. Apa yang saya buat ialah menyiapkan laporan dengan mengikut langkah demi langkah analisa yang terdapat laporan contoh dan mengemukakan kepada ketua saya.

Keesokan hari terlintas di fikiran saya untuk berterus terang dengan ketua saya dan saya tidak kisah kalau saham saya jatuh. Saya beritahu bahawa saya menyediakan laporan “sebiji” mengikut contoh yang diberikan dan saya tidak faham dengan keputusan analisa.

“Awak tak faham dengan keputusan analisa yang awak laksanakan?” tanya ketua saya dengan nada bersahaja.

“Ya”, jawab saya.

“Saya pun tak faham juga,” jawab ketua saya sambil ketawa. “Awak pergi jumpa Mat, dia pakar dalam perkara ini, minta dia terangkan.”

Selepas mendapat penerangan dari Mat, saya sedar bahawa laporan yang saya sediakan tidak menepati apa yang dikehendaki oleh ketua pegawai eksekutif. Saya laksanakan semula analisa dan sediakan laporan yang baru. Saya kemudian diberitahu bahawa ketua pegawai eksekutif berpuas hati dengan laporan yang dikemukakan.

Sekiranya saya berdiam diri kerana tidak mahu dipandang teruk, kemungkinan ketua saya telah mengemukakan laporan asal kepada ketua pegawai eksekutif. Saya pasti bukan setakat ketua saya, saya pun akan turut terkena tempias bahang dari pejabat ketua pegawai eksekutif.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

One Response to “Mengelak Diri Dari Nampak Teruk”

  1. Kin Kata:

    “Malu bertanya sesat jalan”

    Masalah begini pada pendapat saya selalunya dihadapi oleh kaum lelaki. Biarlah dia tak faham apa yang orang maksudkan, tetapi untuk bertanya, seolah-olah tercemar maruahnya. Bagi saya tiada masalah setakat ini (seingat saya); saya akan bertanya dan berlagak bodoh jika saya tidak tahu kerana lebih baik saya malu sedikit dari ‘salah faham’ dengan apa yang dimaksudkan orang.

    Mengelak dari dianggap teruk ni bukan saja berkaitan kerja tapi dalam menjaga ‘cool’ di kalangan teman/jiran/saudara mara. Ibarat.. pijak semut pun tak mati. 🙂

Tinggalkan Komen