Adakah Anda Sabar?

“Sabar itu separuh dari iman.” – Maksud Hadis

Anda sudah tentu pernah dengar hadis di atas dan anda yakininya. Persoalannya adakah anda sabar bila sesuatu keadaan yang boleh menyebabkan anda hilang sabar berlaku? Anda memang tidak mahu hilang sabar, anda rasa anda sabar tetapi anda marah bila seseorang berkata sesuatu, berbuat sesuatu atau berlaku sesuatu kejadian. Bila marah, biasanya sepanjang hari (atau mungkin sepanjang minggu) anda berada dalam keadaan “angin tidak baik”. Jika ditanya samada anda masih marah, biasanya anda akan menafikannya. Ada orang yang marah kepada seseorang hingga ke akhir hayatnya, betapa ruginya dia.

Hari ini saya akan berkongsi pengalaman mengenai teknik bagi merungkai perasaan marah bila berlaku keadaan tersebut di atas. Marah anda bukan kerana seseoarng berkata, berbuat atau berlaku sesuatu keadaan. Terdapat tiga sebab asas mengapa anda marah:

  • Niat tidak kesampaian
  • Hasrat tidak dipenuhi
  • Kata-kata tidak terucap

Untuk menjelaskannya, saya akan kongsi satu kejadian dengan anda pembaca budiman:

Saya selalu melihat anak saya yang akan menduduki SPM berada di depan komputer melayari internet, samada main “game” atau “emel”. Satu hari saya menyapanya.

“Asyik depan komputer je,” kata saya.

“Apa asyik?” Dia menjawab dengan kasar.

Kalau dulu, sebelum mengamalkan teknik ini, saya sudah tentu akan marah dan mengatakan beliau kurang ajar. Hari saya akan tunggang terbalik, semua orang akan kena marah jika silap sedikit terutama ibunya.

Niat yang tidak kesampaian = Beliau menjawab dengan sopan.
Hasrat yang tidak dipenuhi = Beliau belajar bertungkus lumus, tinggalkan permainan komputer dan lain-lain aktiviti yang tidak berfaedah.
Kata-kata yang tidak terucap = Ayah tidak sangka awak menjawab dengan kasar. Kita perlu dengan lemah lembut terutamanya dengan ibu dan bapa.

Berikut teknik untuk merungkai kemarahan:

  • Sedari dan akui yang anda merasa marah
  • Rungkaikannya = Dia cakap sesuatu (Apa asyik?) dan saya jadi marah. Saya tidak marah dengan dia.
  • Ucapkan kata-kata yang tak terucap tetapi bukan menyalahkan sesiapa. Kemudian biarkan kejadian berlalu.
  • Bina kemungkinan. Dalam kes saya, kemungkinan yang saya bina ialah kasih sayang.
  • Kongsi kemungkinan yang dibina dengan sesiapa saja termasuk orang berkenaan (anak saya).

Ini bukan bermakna memberi muka. Ingatlah, api tidak boleh dipadamkan dengan api. Nabi Muhammad S.A.W tidak membalas dendam ke atas orang yang menyakitinya, malah baginda melawat manusia tersebut. Kalau anda marah, diri anda sendiri yang terbakar.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks