Pelakon Pentas Dunia

Setiap dari kita adalah pelakon di pentas dunia. Kita semua terlibat dalam pementasan drama yang dinamakan “Kehidupan Saya”. Drama tersebut mempunyai tiga babak:

Babak Pertama: Masa Lalu – Di mana anda telah melakonkannya dengan begitu baik. Watak yang dilakonkan itu bukanlah diri anda yang sebenarnya. Ia adalah sesuatu yang anda tuliskan tetapi kemudian anda lupa yang anda menulisnya. Justeru anda percaya ia adalah anda yang sebenarnya.

Babak Kedua: Masa Kini – Di mana anda tiada pilihan kecuali memainkan watak yang diwarisi dari masa lalu. Watak saya yang dapat saya cungkil ialah “tiada siapa akan mengambil kesempatan, tipu atau akan terlepas jika melakukan kesalahan terhadap saya”. Saya nampak watak ini hidup bila saya bersama ahli keluarga atau rakan-rakan.

Saya berikan satu contoh untuk menggambarkan bagaimana watak ini “mengawal” diri saya. Saya begitu perihatin dalam menepati masa. Saya masih ingat dulu jika berjanji dengan rakan-rakan, saya sengaja menetapkan waktu yang janggal seperti 2.23 petang. Jika rakan sampai lambat dari waktu yang dijanjikan, saya dapati diri menjadi marah, kecewa ataupun sakit hati. Orang kata kalau janji dengan teman wanita satu jam pun sanggup tunggu, tetapi saya tidak. Jika tidak sampai dalam masa sepuluh minit selepas waktu yang dijanjikan, saya akan cabut. Watak yang saya mainkan membuat saya menganggap rakan tersebut mengambil kesempatan ke atas diri atau tipu saya.

Babak Ketiga: Masa Hadapan – Sesaat atau seminit dari sekarang. Di babak ini anda mempunyai pilihan untuk tidak melakonkan watak yang telah dilakonkan sebelumnya. Cermin diri dan lihat apa watak yang dilakonkan kemudian buat pilihan samada ingin berhenti atau terus melakonkan watak tersebut. Apa yang anda akan dapat darinya? Kebahagiaan!!! Ingatlah, kajian sains telah membuktikan bahawa kebahagian sejati tidak wujud bersama-sama dengan “mementingkan diri”.

Seorang rakan saya mencermin diri dan melihat watak yang dimainkannya ialah “aku insan yang tidak berdaya, tolong bantu aku”. Antara kesan dari watak ini ke atas dirinya; beliau melihat “masalah” dalam kebanyakan perkara dan selalu merasa risau. Beliau selalu mengadu “masalahnya” kepada pasangan hidupnya, yang selalu membuat pasangannya rasa tertekan.

Beliau telah memilih untuk tidak melakonkan lagi watak tersebut. Beliau tidak lagi melihat “masalah” dalam sesuatu perkara. Beliau tidak lagi “mengharap” masalah datang dan cuba “melawannya” bagi menghidupkan watak yang dimainkan sebelum ini. Sekiranya beliau menghadapi masalah, beliau akan lihat apa yang boleh beliau lakukan untuk menyelesaikan. Sekiranya masalah tersebut tidak termampu untuk beliau selesaikan, beliau akan meminta bantuan. Dalam keadaan ini, betul ada masalah dan bukannya risau tidak tentu pasal, orang akan sedia membantu. Ramai orang yang suka membantu orang yang berada dalam kesusahan “sejati” kerana dengan membantu orang lain mengubah hidupnya, beliau akan merasa kebahagiaan sejati.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

Tinggalkan Komen