Comments on: Adakah Anda Sabar?

By: Wanyem
Ya Puan Faridah, marah sudah menjadi seperti sesuatu yang otomatik (tabiat) bagi kita semua.

Ini andaian saya, cuba renungkan. Mungkin Puan akan memperolehi sesuatu;

Puan telah menambah cerita (tafsiran) kepada apa yang terjadi. Apa yang terjadi ialah anak Puan telah jatuhkan belon dan air membasahi ruang tamu. Cerita yang Puan tambahkan mungkin ialah; budak nakal, tidak dengar cakap, degil, tidak menghormati ibu, tidak menghargai ibu dll. Cerita ini dikarang berdasarkan pengalaman lalu, yang mungkin kena atau tidak ada kena mengena langsung dengan anak Puan. Mungkin orang lain yang tidak menghargai atau menghormati Puan atau pun orang yang Puan kasihi. Kita tidak sedar yang kita menambah cerita kepada apa yang terjadi dan cerita tersebut bagi kita adalah kebenaran. Itu yang membuat naik perasaan marah. Bukan marah kepada apa yang terjadi tetapi marah kepada cerita sendiri yang dipercayai benar.

Bila berlaku sesuatu dan kita rasa marah, akui yang kita sedang marah dan cepat pisahkan apa yang terjadi dengan cerita yang ditambah. Mula-mula agak susah, tetapi bila dah selalu mempraktikkannya, ia jadi senang. Alah bisa tegal biasa. Ini penting untuk kesihatan diri (kawal stres) dan juga perhubungan.

Sekiranya ini dipraktikkan, ini mungkin apa yang Puan katakan kepada anak Puan;

“Adik dah basahkan ruang tamu, jadi tanggungjawab adik untuk keringkannya. Pergi buat sekarang.”

Tiada unsur menyalahkan dalam kata-kata di atas, hanya menyatakan apa yang berlaku. Justeru anak Puan tidak akan bersedih atau sakit hati. Malah ia boleh menanamkan sifat tanggungjawab di dalam dirinya. Hasrat Puan untuk melihat ruang tamu kemas masih dapat dicapai. Niat Puan untuk dihormati/dihargai juga akan dicapai.

By: Faridah
Anak saya, umur 10 tahun, bermain dengan belon yang berisi air di dalam rumah. Saya larang dia supaya jangan main takut basah rumah tetapi dia buat tak endah. Dia main juga dan kemudian belon itu jatuh ke lantai, ruang tamu rumah habis basah.

Saya marahi dia, saya kata kepada dia yang saya dah penat mengelap lantai tetapi dia sepah-sepahkan. Saya paksa dia lap lantai masa itu juga. Kemudian saya nampak matanya berair.

Adakah betul tindakan saya menegur dia dengan nada yang tinggi (marah)?

By: Wanyem
Marah dan perasaan marah adalah dua perkara yang berbeza.

Perasaan marah membuat kita hilang pertimbangan atau tidak dapat mengawal diri. Seorang suami yang sedang sangat marah mungkin menjatuhkan talak ke atas isterinya kemudian menyesal apabila dia telah sejuk. Justeru perasaan marah perlu dirungkai kerana ia boleh “memusnahkan” kita dan orang yang kita sayangi.

Marah pula adalah ekspresi diri yang dilakukan dengan sedar, tidak secara auto seperti perasaan marah, bagi menunjukkan ketidaksenangan terhadap sesuatu perkara.

Perbezaannya; bila anda mengekspresi marah, perasaan anda biasa sahaja, tidak marah atau pun darah tidak naik. Tidak ada dorongan untuk mengambil tindakan yang boleh memudharatkan orang yang dimarahi. Untuk menunjukkan marah anda, anda boleh meninggikan suara, atau lafaz dengan nada yang rendah dan disokong oleh “body language” atau hanya dengan jelingan tajam. Anda punyai pilihan dan melakukannya dengan “sedar”. Tidak seperti perasaan marah di mana ekspresinya terlahir secara otomatik, di luar kawalan diri kita yang rasional, dan menyebabkan kesan psikologi yang tidak baik.

Jika dilihat kembali atau dikaji, kebanyakan perkara yang menyebabkan kita marah adalah melibatkan ego, bukan melibatkan prinsip atau agama. Yang mana ingin dipertahankan, ego atau kebahagian hidup?