Lepaskan Keinginan Untuk Menang

Seorang teman se pejabat, katakan Yati namanya, datang berjumpa saya dengan muka yang kelihatan marah. Saya bertanya kenapa? Dia memberitahu saya yang jirannya, katakan Rita namanya, membuat dia gila dan bertanya apa yang perlu dia buat untuk menyelesaikannya.

Bila saya bertanya apa yang telah berlaku, dia pun menceritakan masalah dia dengan pokok mangga Rita. Daun dan ranting patah dari pokok mangga Rita selalu jatuh ke laman Yati. Tiap-tiap pagi Yati terpaksa membersihkan lamannya, kalau tidak ia kelihatan tidak kemas dan cantik seperti yang Yati inginkan. Beliau selalu menyuruh Rita memotong dahan pokok mangga yang terjuntai masuk ke kawasan lamannya tetapi tidak diendahkan.

“Eh, sampah tu di laman awak. Pandai-pandailah menjaganya.” Jawab Rita dengan geram bila selalu sangat didesak oleh Yati.

Bila balik dari bercuti di hujung minggu, Rita menjerit-jerit memanggil nama Yati.

“Oii!!! Apa yang kau dah buat dengan pokok mangga aku ha?” jerit Rita. Beliau terus memarahi dan melemparkan kata-kata kesat dan keji kepada Yati. Yati tidak membiarkan Rita “keseorangan”. Kata-kata kesat dan maki hamun Rita dibalasnya tanpa sedikit kurangnya. Yati memberitahu saya yang beliau tidak tahan lagi berjiran dengan Rita dan ingin pindah dari situ.

Ini bukanlah pertama kali Yati bertengkar dengan Rita, sebelum ini telah banyak kali mereka bertengkar. Saya bertanya apa sebenarnya yang membuat beliau bertengkar dengan Rita. Adakah ia disebabkan oleh daun kering yang jatuh ke laman atau kata-kata yang dihamburkan oleh Rita, atau perkara lain yang tersembunyi darinya.

Apa yang saya nampak, kedua-dua Yati dan Rita ingin menang. Kedua-duanya ingin membuktikan yang masing-masing betul, justeru terjadi pertengkaran untuk menegakkan hujah masing-masing atau pun membukti diri masing-masing berada di pihak benar.

Keinginan Yati ialah untuk melihat lamannya sentiasa bersih dan kemas. Keinginan tersebut telah dihancurkan oleh kehadiran dahan mangga Rita yang terjuntai ke lamannya. Beliau berharap Rita faham adat berjiran dan memotong dahan mangga seperti diminta olehnya. Harapan ini disampaikan dengan cara yang membuat Rita terasa dirinya dipersalahkan. Tanpa beliau sedari, mekanisma pertahanannya dihidupkan dan “Eh, sampah tu di laman awak. Pandai-pandailah menjaganya” adalah tindakbalas pertama.

Serangan balas Yati, “Awak cakap pandai-pandailah. Aku cantaslah.”

Dari pandangan Rita zalim kalau dia memotong dahan mangga tersebut. Kawasan lamannya sempit jadi apalah salahnya kalau ada dahan yang terjuntai masuk ke laman Yati. Perbuatan Yati tidak dapat diterimanya kerana secara tidak langsung mengatakan beliau salah. Untuk mempertahankan kedudukannya, beliau memaki hamun Yati.

Nasihat saya kepada Yati, lepaskan keinginan untuk menang lebih-lebih lagi bila beliau yakin yang beliau berada di pihak yang benar, kemudian pilih belas kasihan. Anda akan merasa ketenangan di dalam hati. Saya bukannya mengesyor anda tidak mempertahankan kepercayaan anda. Namun jika ianya berkaitan dengan ego, fikirkan semula. Adakah anda inginkan ketenangan atau ingin menang?

Yang kedua ialah Yati mahu mengelak dikuasai oleh Rita. Dia tidak mahu Rita yang membuat keputusan apa yang baik bagi dirinya. Menguasai seseorang atau mengelak dari dikuasi memberi tekanan (stres) dalam hidup kita. Apa yang saya cadangkan? Lupakan sahaja dan perolehi kedamaian di hati atau anda boleh tarik sepanjang-panjangnya sehingga anda merasa “cukuplah”.

Perkara ketiga yang membawa kepada pertengkaran ialah perasaan diri tidak dipentingkan. Semua orang ingin merasai dirinya penting. Yati merasakan dahan pokok lebih dipentingkan dari keinginannya untuk melihat laman rumahnya sentiasa bersih dan kemas. Rita pula merasakan laman rumah lebih dipentingkan dari perasaannya.

Ini bukanlah pertama kali Yati berada dalam situasi begini. Perkara yang serupa pernah terjadi antara beliau dengan teman-teman sepejabat. Nasihat saya, PILIH – nak menang atau nak tenang (gembira). Kedua-duanya tidak pernah wujud dalam masa yang sama.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

One Response to “Lepaskan Keinginan Untuk Menang”

  1. listener Kata:

    but people choose to win these days.. mereka tidak nampak bahawa dengan memilih untuk tenang, sebenarnya telah membawa kemenangan (secara tidak langsung). terdapat di antara mereka yang selalu sibuk untuk memikirkan kesilapan/ ketidaksempurnaan orang lain. tetapi akhirnya, diri sendiri yang terganggu dengan kesilapan/ ketidaksempurnaan orang lain, sedangkan orang lain tersebut tidak langsung merasa terganggu dengan ketidaksempurnaan yang ada padanya.. kita sibuk memperkatakan kesilapan/ ketidaksempurnaan seseorang itu, sehingga tidak nampak kesilapan/ ketidaksempurnaan yang ada pada kita. kadang2, kita kena belajar menerima ketidaksempurnaan yang ada pada orang lain…

Tinggalkan Komen