Gembira atau Duka, Terpulang Kepada Diri Sendiri

Tahu tak anda yang kita mempunyai pilihan samada untuk merasa gembira atau berduka.

Kita berduka bukan disebabkan apa yang berlaku. Kita berduka disebabkan kita membenarkan diri kita dikuasai oleh emosi yang terlahir dari sesuatu perkara yang menyedihkan. Kita sebenarnya boleh mengawal emosi agar ia tidak membuat kita merasa sedih. Cuba renungkan peristiwa ini:

Seorang rakan saya bersedih dan 2 minggu tiada selera makan. Bila ditanya apa yang terjadi dia menjawab yang kucing Persian dia keluar rumah dan belum balik lagi. Dia terlupa tutup pintu dan kucingnya keluar entah kemana. Ada di antara kita yang akan berkata, “kucing hilang pun nak sedih sampai tak lalu makan”. Apa yang rakan saya fikir tentang kehilangan kucingnya berbeza dengan apa yang anda fikirkan. Fikiran, atau makna yang kita beri kepada sesuatu yang terjadi itulah sebenarnya yang membuat kita merasa sedih. Jika kita dapat memisahkan antara apa yang berlaku dengan makna yang kita berikan, InsyaAllah kita tidak akan bersedih.

Kita tidak gembira bukan kerana tiada apa yang boleh membuat kita merasa gembira. Kita menunggu sesuatu untuk merasa gembira. Contoh; Kita menunggu mendapat kerja untuk merasa gembira. Setelah mendapat kerja rasa gembira mulai hilang. Kita menunggu naik pangkat untuk merasa gembira… kereta mewah… rumah besar dan seterusnya dan sebagainya.

Ironinya, kegembiraan yang kita tunggu-tunggu sekian lama, tidak kekal lama. Sudah dapat kerja, sudah naik pangkat, naik pelamin, naik rumah baru dll, gembira hanya kekal untuk 2/3 hari atau 2/3 minggu sahaja. Selepas itu kita menunggu untuk mendapat kegembiraan yang lain pula. Begitulah kehidupan seharian kita, selalu menunggu untuk merasa gembira atau bahagia. Kenapa kita harus menunggu sedangkan kita boleh menzahirkan kegembiraan setiap masa dan setiap hari dari dalam diri kita.

Baru-baru ini, kajian sains yang dijalankan oleh sebuah universiti di Amerika Syarikat telah membuktikan bahawa kegembiraan boleh dibeli. Tidak percaya? Dalam kajian tersebut, para sukarelawan diberi wang beberapa ribu dolar untuk berbelanja sesuka hati mereka. Kajian menunjukkan mereka yang berbelanja untuk diri sendiri merasa gembira untuk tempoh 2 atau 3 hari sahaja. Mereka yang membelanjakan duit untuk kegembiraan orang lain merasa gembira berminggu-minggu lamanya. Nah! Kebahagiaan boleh diperolehi dengan membuat orang lain gembira. Bagaimana ya? Apakah kita akan benar-benar bahagia jika kita membuat orang lain berduka?

Memberi tidak terhad kepada wang ringgit sahaja. Kta boleh memberi apa sahaja yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan orang lain. RAHSIANYA? Berilah dengan ikhlas. Ibarat kata, tangan kanan memberi tangan kiri tidak ketahui (betul ke ibarat kata ni?)

“Tangan di atas adalah lebih baik dari tangan yang di bawah” – Maksud Hadith.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

One Response to “Gembira atau Duka, Terpulang Kepada Diri Sendiri”

  1. Kak Ina Kata:

    Salam Perkenalan,

    Dah 2 hari saya merasa begitu stress. Ada byk sebab menjadikan saya stress, jadi saya merayau di alam maya utk mencari penawar dan terjumpa rumah Wan. Apapun, punca stress sebenarnya dari diri sendiri. Saya nak minta izin pastekan n3 nie ke blog saya.

Tinggalkan Komen