Pisahkan Apa Yang Berlaku Dari Ceritanya

August 12th, 2008

Satu dari punca utama masalah hidup kita ialah kita mencantumkan apa yang berlaku dengan tafsiran atas apa yang berlaku ataupun cerita kita mengenai apa yang berlaku. Tafsiran kita selalunya berdasarkan pengalaman lalu atau apa yang kita pernah dengar. Kemudian tanpa disedari kita mencari bukti untuk menyokong tafsiran kita tadi. Semakin banyak bukti yang dikumpulkan semakin nampak benar cerita kita. Akan sampai satu tahap di mana otak kita tidak lagi dapat membezakan antara apa yang berlaku dengan tafsiran atau cerita yang kita tambah. Di saat itu apa yang berlaku dan tafsiran/cerita bercantum dan lalu menjadi realiti bagi kita.

Saya bawakan contoh di bawah agar lebih jelas apa yang saya maksudkan.

Apa yang berlaku – Anak saya tidak skor A dalam peperiksaan pertengahan tahun. Tafsiran atau cerita yang saya tambah kepada apa yang berlaku – anak saya malas belajar. Saya kemudian mencari bukti untuk menyokong tafsiran atau cerita saya. Kenapa? Kerana itu tabiat manusia, iaitu ingin selalu betul.

Bila balik dari kerja saya dapati dia sedang asyik menonton TV. Sahlah dia ni malas belajar. Sebelum masuk tidur saya ternampak dia sedang bergayut di telefon di biliknya. Sahlah dia malas belajar. Di dalam peperiksaan akhir tahun dia tak dapat A juga. Memang malas!!! Tahun berikutnya naik kelas. Tak dapat A juga. Masa tu saya tafsiran atau cerita dia malas sudah bercantum dan menjadi realiti bagi saya. Confirm budak ni malas. Saya tidak boleh biarkan. Saya perlu lakukan sesuatu untuk mengubah perangai malasnya itu. Saya tak benarkan dia tengok TV dan saya cabut telefon yang diletakkan di ruang keluarga.

Kajian pakar telah membuktikan bahawa pendekatan “memperbaikki” kurang berkesan untuk membawa perubahan kepada seseorang. Secara tabii seseorang itu akan “melawan” kerana pada beliau, tiada apa kekurangan pada diri beliau.

Katakan dia selalu skor A. Adakah menonton TV dan bergayut di telefon menjadi masalah? Saya rasa tidak, tafsiran atau cerita yang berbeza pula diberikan. Oh! Dia nak tenangkan fikiran, dah penat belajar tadi kot.

Untuk merungkai “masalah” yang dihadapi, kita perlu pisahkan apa yang berlaku dari tafsiran atau ceritanya. Bila sudah dipisahkan, kita akan berurusan dengan “apa yang berlaku”. Dalam contoh di atas, saya berurusan dengan “tidak skor A” dan bukannya dengan “kemalasan”. Dua pendekatan yang berbeza.

Tidak skor A – soalan mana yang tidak dapat dijawab? Adakah dia tersilap jawab atau masih belum memahaminya? Kalau belum memahami, saya bantu dia untuk memahaminya. Saya dapati kaedah ini lebih berkesan. Namun harus diingat, pilihan ini menjelma di hadapan kita hanya bila kita memisahkan apa yang berlaku dari tafsiran atau cerita kita mengenai apa yang berlaku.

Selamat mencuba dan keluar dari belenggu perasaan.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

What You Give You Get Back

July 31st, 2008

Itu tajuk lagu yang saya baru habis dengar tadi. Lagu nyanyian Scorpions, sebuah kumpulan rock dari Jerman. Ini sebahagian dari liriknya (terjemahannya dalam kurungan):

There’s so much love inside of you (Ada banyak cinta dalam dirimu)
That wants to be released (Yang mahu dilepaskan)
And all you gotta do is let it go (Apa yang kamu perlu buat ialah melepaskannya)
What you give you get back (Apa yang kamu berikan kamu akan dapat kembali)
So take my love just because it’s all I have (Jadi, ambillah cintaku kerana itu saja yang aku ada)
Take my heart take my soul (Ambil hatiku ambil jiwaku)
I just never want it back (Aku tidak menginginkannya kembali)
Cause the love you give, is the love you’ll get (Kerana cinta yang kamu beri, cinta yang kamu akan dapat kembali)

Saya setuju sangat dengan Scorpions, salah satu dari kumpulan rock yang saya suka. Jangan silap faham. Saya hanya suka lagu mereka, bukan gaya hidup mereka. Banyak lirik lagu Scorpions yang berkaitan dengan kemanusiaan. Dalam kehidupan, anda akan menerima apa yang anda berikan. Sama seperti semua benda yang ada di pasar, anda akan terima sebanyak mana yang anda bayar. Cuma di dalam kehidupan, anda akan menerima lebih dari yang anda berikan. Anda berikan cinta, anda terima cinta dan kasih sayang. Anda berikan kebencian, anda akan terima kebencian dan kutukan. Berilah kemaafan dalam saat kemarahan, kasih sayang dalam saat kebencian dan kemuncaknya; muhasabah diri ketika dilanda rasa marah, kekecewaan atau kesedihan.

Saya tidak nafikan; cakap senang, buat susah. Tapi cuba renungkan, apa yang anda akan dapat jika berbuat sebaliknya? Simpati? Anda dilihat berada di pihak benar? Adakah penting sangat apa yang orang kata? Biasanya orang akan berkata baik di hadapan kita, di belakang siapa tahu. Justeru, tiada bezanya apa yang orang lain kata atau fikir. Yang penting, adakah jiwa anda tenang, adakah anda bahagia.

“Berikan yang terbaik kepada dunia, dan dunia akan memberi yang terbaik kepada anda.”

Jika anda mendoakan kebaikan untuk orang lain, orang lain akan berbuat yang sama untuk anda. Jika anda berlemah lembut dengan orang, orang pun akan berlemah lembut dengan anda. Jika anda hormati orang lain, orang pun akan hormati anda. Secara ringkasnya, orang akan layan anda sama seperti anda layan mereka.

Jika anda menjalani kehidupan dengan indah, anda akan dapati kehidupan penuh dengan keindahan. Tetapi jika kewujudan anda penuh dengan duri, anda akan dapati kehidupan ini penuh dengan ranjau dan duri. Kehidupan anda adalah pemberian Allah untuk anda; apa yang anda buat dengannya adalah pemberian anda kepada Allah.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks

Apakah Anda Seorang Materialistik?

July 24th, 2008

Apakah perasaan anda bila seseorang mengatakan anda seorang materialistik? Ya, ramai yang akan marah bila diri mereka dipanggil materialistik. Mengapa marah? Apa makna yang anda berikan kepada materialistik? Apakah seorang materialistik adalah seorang yang tidak baik budi pekertinya? Jika jawapan anda, “tidak semestinya”, mengapa marah bila dipanggil materialistik?

Pertimbangkan bahawa anda tidak suka dipanggil materialistik, walaupun anda sememangnya materialistik, kerana ia bertentangan dengan suara hati anda. Seorang pencuri tidak suka dirinya dipanggil pencuri. Jika dia mempunyai seorang anak, dia tidak mahu anaknya berkahwin dengan seorang pencuri. Walaupun dia seorang pencuri, di dalam hatinya masih ada keinginan untuk kebaikan.

Apa makna sebenar materialistik? Untuk memahami apa itu materialistik, bayangkan anda sedang melihat sebuah mahligai yang tersergam indah, atau sebuah kereta yang cantik melintasi di hadapan anda. Jika satu keinginan yang kuat timbul di dalam diri anda untuk memilikinya, ia adalah satu tanda jelas yang materialisma atau kebendaan adalah faktor utama yang mendorong kehidupan anda. Seorang yang benar-benar bukan materialistik tidak terpengaruh untuk mengejar kemewahan. Mereka lebih mementingkan untuk memenuhi tujuan kenapa kita manusia dibangkitkan ke dunia.

Bagi saya, kita tidak seharusnya marah bila orang mengata kita materialistik. Kita seharusnya muhasabah diri untuk lihat benarkah kita materialistik. Kalau benar kita materialistik, adakah kita selesa dengannya atau kita ingin mengubah keinginan kearah tidak mementingkan kebendaan, atau dengan kata lain menuju kearah kerohanian. Mengikut Maulana Wahiduddin Khan, maksud kerohanian adalah keinginan makhluk untuk berhubung dengan Penciptanya. Bagi orang Islam, solat adalah antara cara untuk berhubung atau berdailog dengan Penciptanya (Allah). Mengikut fahaman mereka yang melakukan meditasi, maksud kerohanian adalah menjauhkan diri dari perkara yang dianggap keduniaan. Biasanya mereka akan pergi ke gunung atau ke hutan, jauh dari rumah mereka untuk mendapat kerohanian.

Kongsi Dengan Rakan Melalui: These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • Netvouz
  • DZone
  • ThisNext
  • StumbleUpon
  • MisterWong
  • Wists
  • Furl
  • YahooMyWeb
  • Reddit
  • Simpy
  • blogmarks